Reaksi antarabangsa Rampasan_armada_Gaza

  • Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Tentera Laut Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza . Sukarelawan itu telah dipastikan tidak membawa senjata. Mereka hendak menghantar bekalan ke Gaza kerana Gaza dikepung oleh Israel. Israel membina tembok keselamatan yang tinggi. Terowong yang dibina oleh penduduk Palestin pula dipam dengan gas beracun.
  • Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegur rejim yang zalim itu. [30]Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta PBB mengadakan mesyuarat tergempar.PBB juga hendaklah menarik balik sekatan tidak berperikemanusiaan di Gaza.[31]
  • Tunjuk perasaan diadakan di hadapan Kedutaan Israel di Istanbul.Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc kesal dengan tragedi itu dan mahu membatalkan 3 latihan tentera bersama tentera Israel serta memanggil pulang pasukan bola sepak kebangsaan yang berada di Israel. Sejak sekian lama negara Turki , Mesir, dan Jordan menjalin hubungan politik,ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.
  • Kolumnis Cengiz Candar di Turki menyifatkan serangan ini sebagai provokasi perang terhadap Turki.Perdagangan Turki-Israel bernilai $3 billion - bukti hubungan yang erat . Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kini berada di Santiago Chile menyifatkan kerajaan Israel tidak mengutamakan keamanan. Ini tindakan 'negara pengganas'[32]. Ramai keturunan Yahudi berada di Turki. Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera di selatan Turki untuk menyerang Iraq pada 2003.Pada 2005 Erdogan pernah melawat pejabat rabbi Yahudi Turki selepas sinagogue dibom 2003. Turki menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB .[33]
  • Perdana Menteri Lubnan ,Saad Hariri mengutuk serangan kejam itu. Beliau mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menamatkan kekejaman terhadap hak asasi manusia.
  • Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad tidak dapat memaafkan serangan bersenjata terhadap konvoi kemanusiaan itu.[34]
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan mesyuarat dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa.
  • Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan. Indonesia memantau nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu melalui perwakilan di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).[35]
  • Hamas, kumpulan parti yang memerintah secara sah di Semenanjung Gaza, Palestin menyifatkan serangan tentera Rejim Israel terhadap anggota aktivis keamanan bantuan ke Gaza adalah suatu bentuk "pembunuhan beramai-ramai" ataupun "massacre" . Hamas meminta masayrakat dunia untuk sama-sama bangkit menentang kekejaman pihak Israel dan sekutunya di dunia.

Rujukan

WikiPedia: Rampasan_armada_Gaza http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.businessweek.com/news/2010-06-01/turkey... http://www.cbsnews.com/video/watch/?id=6535491n http://edition.cnn.com/2010/WORLD/meast/05/31/gaza... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/meast/05/31/isra... http://www.cnn.com/2010/WORLD/meast/06/02/gaza.rai... http://www.cnn.com/2010/WORLD/meast/06/04/gaza.rai...